SEMAKAN TAWARAN HAJI (2024/2025) : CEK NAMA LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN TAWARAN HAJI (2024/2025) : CEK NAMA LAYAK ATAU TIDAK

Pada 16 Disember 2024, Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan bahawa akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar bagi musim 1446H/2025M kepada bakal jemaah haji Muassasah yang pertama kali menunaikan ibadat haji.

Dianggarkan Bantuan Kewangan Haji pada musim 1446H/2025M berjumlah RM261 juta dan menjadikan jumlah terkumpul meningkat kepada lebih RM2.8 billion dalam masas 25 tahun yang mana ia telah menerikan kesan langsung terhadap kemampanan kewangan TH dan pulangan kepada pendeposit.

Bagaimanakah semakan tawaran haji layak atau tidak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA BUKAN EKASIH 2024 SEMAKAN STATUS : ONE OFF (RM300/RM150)

APA ITU TAWARAN HAJI

Hampir empat (4) juta pendeposit yang telah mendaftar haji dan sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji, namun kuota adalah terhad. Kos haji Muassasah adalah jauh lebih rendah daripada pakej haji yang ditawarkan oleh syarikat swasta yang dilesenkan oleh TH yang mana harga bermula sekitara RM55,000 seorang.

Tabung Haji (TH) telah dapat mengekang peningkatan kos bagi musim haji 1446H/2025M yang mana Kos Haji masih kekal pada RM33,300 bagi seorang jemaah Muassasah. Pihak TH berusaha mengawal kos Hari untuk mendapatkan kontrak jangka panjang penerbangan meskipun dalam keadaan harga minyak yang meningkat.

BAYARAN KOS TAWARAN HAJI 2025 BAGI B40

Bakal Jemaah Haji Muassasah kumpulan berpendapatan rendah (B40) akan mendapat Bantuan Kewangan Haji TH iaitu sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan kerajaan sebanyak RM1,000 seorang, manjadikan keseluruhannya sebanyak RM18,300 lebih separuh (55%) daripada keseluruhan Kos Haji yang mana bakal jemaah perlu membayar hanya RM15,000 sahaja seorang.

BAYARAN KOS TAWARAN HAJI 2025 BAGI M40

Bagi Bakal Jemaah Haji Muassasah kumpulan berpendapatan sederhana (M40) pula akan menerima Bantuan Kewangan Haji TH berjumlah RM9,800 seorang atau dua peratus (2%) daripada keseluruhan Kos Haji (tiada bantuan kerajaan seperti jemaah B40), yang mana bakal jemaah M40 hanya perlu membayar sebanyak RM23,500 sahaja seorang.

BAYARAN KOS TAWARAN HAJI 2025 BAGI T20

Manaka bagi Bakal Jemaah Haji Muassasah yang merupakan kumpulan berpendapatan tertinggi (T20) sekurang-kurangnya RM15,000 sebulan pula perlu menjelaskan bayaran penuh kos hari iaitu RM33,300 seorang yang selari dengan prinsip penyasaran bantuan yang sedang dilakukan oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH).

KOS BAYARAN HAJI RAYUAN 2025

Bagi bakal haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah, khususnya yang terpilih melalui proses rayuan perlu membayar penuh Kos Haji selari dengan syarat istito’ah yang mana akan dikenakan bayaran penuh iaitu RM33,300 seorang.

Namun, terdapat tiga (3) pengecualian akan diberikan untuk kes rayuan bayaran penuh seperti :

  1. Mahram;
  2. Pengiring Jemaah :
    • Lanjut usia;
    • Pengiring kelainan upaya (OKU).
  3. Giliran sebelum Tahun Semasa.

SEMAKAN TAWARAN HAJI 2025

Surat tawaran haji kepada 31,600 bakal jemaah bagi tahun 1446H/2025M akan mula dikeluarkan dan diberikan secara berperingkat bermula 16 Disember 2024 dan bakal haji perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab Tawaran Haji yang diberikan nanti.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Tawaran Haji 2024/2025, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tabunghaji.gov.my/ms/berita/isn-12162024-1200/th-teruskan-bantuan-bersasar-bagi-musim-haji-1446h2025m.