SENARAI BANTUAN 2025 : CEK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Oleh kerana kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun dan sukar dikawal, pihak Kerajaan komited untuk membantu rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan menyalurkan pelbagai bantuan tunai untuk sepanjang tahun 2025.
Bagaimanakah cek layak atau tidak penerima bantuan kerajaan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA BUKAN EKASIH 2024 SEMAKAN STATUS : ONE OFF (RM300/RM150)
SENARAI BANTUAN 2025
Berikut merupakan senarai Bantuan Tunai daripada Kerajaan bagi tahun 2025 :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KERAJAAN
Hanya Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah sahaja akan layak menerima bantuan-bantuan kerajaan pada tahun 2025 :
- Isi Rumah :
- Berpasangan (ada atau tiada anak);
- Ibu/bapa tunggal (ada anak);
- Tiada had umur;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
- Warga Emas :
- Bujang / balu / ibu bapa tunggal (tiada tanggungan);
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan individu bawah RM5,000 sebulan.
- Bujang :
- Belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
- OKU bujang berumur 19 tahun dan ke atas;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS.
JUMLAH AMAUN BANTUAN 2025
Kedua-dua jenis bantuan daripada kerajaan akan disalurkan dengan kadar amaun yang berbeza bagi setiap kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | SUMBANGAN TUNAI RAHMAH | SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Bukan e-Kasih : RM900 e-Kasih : RM1,200 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | Bukan e-Kasih : RM900 |
Bujang (60 ke atas) | RM600 | Bukan e-Kasih : RM450 e-Kasih : RM1,200 |
Bujang (21 – 59 tahun) | RM600 | e-Kasih : RM600 |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN 2025
Penyaluran Bantuan Kerajaan adalah mengikut jadual seperti berikut :
PENYALURAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH | PENYALURAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Disalurkan secara berfasa Fasa1 : Februari 2025. Fasa 2 : April 2025. Fasa3 : Ogos 2025. Fasa 4 : November 2025. *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa. | Disalurkan mengikut kelayakan Penerima bukan e-Kasih : April hingga Disember 2025. Penerima e-Kasih : Januari hingga Disember 2025. *Tarikh adalah tertakluk kepada pindaan semasa. |
PERMOHONAN BANTUAN KERAJAAN
Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan boleh memohon pada pautan portal rasmi di bawah :
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan.
- Sila klik pada butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan maklumat pemohon dengan betul (Ruangan bertanda * adalah mandatori diisi).
- Isikan ‘Nombor MyKad’ pemohon dan klik butang [SEMAK].
- Segala maklumat pemohon akan dipaparkan.
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
- Lengkapkan maklumat bank (Masukkan akuan bank yang masih aktif).
- Sekiranya pilihan [Status Perkahwinan] pemohon adalah ‘Berkahwin’ sila lengkapkan maklumat pasangan.
- Masukkan ‘Maklumat Anak’ yang berusia 18 tahun ke bawah dan terhad kepada 5 anak sahaja.
- Setelah selesai, klik butang [Teruskan].
- Seterusnya, isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian, ‘Perakuan Pemohon’ akan dipaparkan, sila pastikan segala maklumat adalah tepat dan tandakan [/] pada ruangan tersebut.
- Klik butang [Hantar] di bawah.
- ‘Permohonan telah berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
PENDAFTARAN EKASIH 2025
Bagi yang berpendapatan di bawah garis PGK semasa pula, boleh mendaftarkan diri dengan e-Kasih untuk penerimaan bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM1,200. Ikuti panduan pendaftaran e-Kasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx.
- Halaman eKasih akan dipaparkan, sila layarkan skrin ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah Untuk Didaftarkan Ke Dalam Sistem eKasih akan dipaparkan.
- Baca dengan teliti berkaitan Ketua Isi Rumah.
- Seterusnya, pendaftaran boleh dibuat melalui :
- Hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Hubungi PPN di talian (mengikut negeri pemohon) :
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN 2025
Untuk mengetahui status kelayakan samaada layak atau tidak menerima bantuan daripada kerajaan. Kedua-dua bantuan tersebut boleh disemak melalui satu (1) pautan portal rasmi seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan 12 digit nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Profile pemohon akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR & Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
E-mel : [email protected]
Rujuk STR :
Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel : [email protected]
Rujuk SARA :
Hotline SARA MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
Hotline SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566