STR 2025 Fasa 1: Cara Semakan Status Kelayakan & Info Terkini

STR 2025 Fasa 1: Semakan Status Kelayakan Online

Bagi menangani cabaran kos sara hidup, Kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 yang diagihkan secara berperingkat dalam empat (4) fasa sepanjang tahun. Bantuan ini bertujuan membantu kira-kira 9 juta rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Ingin tahu bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan STR 2025 Fasa 1? Lihat panduan dan maklumat lanjut di bawah!

BACA JUGA : https://semakanbantuanstr.my/sara-bukan-ekasih-2024-semakan-status/

STR 2025 FASA 1 KELAYAKAN STATUS

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah khas kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • ISI RUMAH :
    • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
    • Ibu atau bapa tunggal (ada anak yang memenuhi syarat);
    • Tiada had umur;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 (B40) atau tidak melebihi RM5,000 (M40).
  • WARGA EMAS :
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Bujang atau balu atau duda atau janda tiada anak;
    • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  • BUJANG :
    • Belum berkahwin; atau
    • Balu atau duda atau janda tiada anak;
    • Had umur 21 hingga 59 tahun; atau
    • Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA atau IPTS.

TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Pihak Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF) masih belum mengeluarkan kenyataan tarikh pembayaran rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) tahun 2025. Namun sekiranya ia telah diumumkan secara rasmi, pihak kami akan kemaskini semula maklumat tarikh bayaran rasmi ini.

FASA STR 2025TARIKH BAYARAN
Fasa 1Belum diketahui dan akan dikemaskini
dari semasa ke semasa

JUMLAH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Berikut merupakan jumlah keseluruhan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 mengikut kelayakan penerima :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
(B40)
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
(M40)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
Bujang/Balu/Duda/Janda
Pendapatan Bawah RM2,500
RM600

*Pihak kami akan kemaskini kembali jumlah bayaran STR Fasa 1 sebaik sahaja diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

KAEDAH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Kaedah pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 pada tahun 2025 adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
STR 2025 FASA 1
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima
atau pasangan mengikut nombor akaun
yang didaftarkan semasa permohonan STR
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
berhampiran

STR 2025 FASA 1 SEMAKAN STATUS

Ikuti panduan semakan status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi STR LHNDM 2025https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada puatan Portal Rasmi STR LHDNM 2025 di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran STR Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  14. Selesai.

*Nota : Hanya Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan serta telah memohon atau membuat rayuan sebelum pada 30 November 2024 akan melepasi status Bantuan STR Fasa 1 2025.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment