STR 2025 Fasa 1: Tarikh Bayaran & Cara Semak Status Kelayakan

STR 2025 Fasa 1: Semak Status Kelayakan & Tarikh Bayaran

Kerajaan Madani telah memperuntukkan RM13 bilion untuk membantu lebih 9 juta rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup bagi mereka yang layak menerima bantuan.

Bilakah tarikh bayaran STR 2025 Fasa 1, dan bagaimana untuk menyemak status kelayakan anda? Dapatkan maklumat lengkap di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanbantuanstr.my/cara-log-masuk-str/

STR 2025 TARIKH BAYARAN FASA 1

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara ansur berfasa dan fasa pertama lazimnya akan dibayar pada suku pertama tahun 2025 mengikut tarikh seperti berikut :

FASATARIKH BAYARAN
STR FASA 1 2025Pihak kami akan mengemaskini tarikh
bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
fasa 1 dari semasa ke semasa apabila
Kerajaan sudah mengumumkannya
secara rasmi

STR 2025 KAEDAH BAYARAN FASA 1

Bagi memastikan rakyat menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan mudah, Kerajaan akan membayarnya mengikut dua (2) kaedah seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima atau pasangan
mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN) terdekat

STR 2025 JUMLAH BAYARAN FASA 1

Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk fasa 1 kebiasaannya hanya sebahagian daripada jumlah penuh bagi setiap kelayakan seperti berikut :

  • Penerima Isi Rumah :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH BAYARAN
PENUH STR 2025
ANGGARAN
JUMLAH BAYARAN
STR FASA 1
Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
0 anak : RM250
1-2 anak : RM350
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
0 anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
  • Penerima Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
PENUH STR 2025
ANGGARAN
JUMLAH BAYARAN
STR FASA 1
Bujang/Balu/Duda/Janda
Umur 21 hingga 59 tahun
RM600RM150
Bujang/Balu/Duda/Janda
Umur 60 tahun dan ke atas
RM600RM150

*Nota : Bagaimanapun, jumlah untuk bayaran STR fasa 1 di atas hanyalah anggaran sahaja. Setiap penerima perlu membuat semakan status kelayakan di pautan portal rasmi STR sahaja.

CEK STATUS KELAYAKAN STR 2025 BAYARAN FASA 1

Bagi individu yang telah mengemaskini, membuat permohonan baharu atau rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebelum pada 30 November 2024, status kelayakan bayaran fasa 1 boleh disemak melalui pautan berikut :

  1. Sila layari pautan portal rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.

Leave a Comment